Trip Bajet Jepun Day 1 (Osaka)

by - 5:27 PM

Japan Day 1

Flight dari KLIA2 pukul 1.55am tanpa delay. Flight 6 jam sangat selesa bagi I since tak ramai on board. Lepas tidur, tidur lagi. Sampai Kansai Airport around 9.20am waktu Japan. Beza sejam dari Malaysia. Means Japan cepat sejam. So pandai la adjust jam. Kami disambut dengan hujan renyai renyai. Tapi tak patah semangat, perjalanan harus diteruskan. Untuk ke arrival hall, kena naik train. Dont worry its free. Macam shuttle train ke terminal lain. Follow signboard, and board the train. Train stop, then keluarlah berjemaah. Jangn tunggu pulak.
Immigration and custom Japan sangat smooth. I nak explain tak reti tapi just follow je. Masa dalam flight, FA akan bagi arrival card and declaration form. Isi lah dengan teliti. Make sure letak alamat and number phone hotel/hostel/apartment yang korang akan stay nanti. Jangan tinggal kosong. Nanti dorang reject suruh isi balik.



Dorang takde check beg and since I takde bawak makanan basah, so smooth je. I bawak roti dgn sambal ikan bilis je. Lepas. Takde issue. Selesai je semua, I terus cari kaunter HIS untuk collect Osaka Amazing Pass, Kansai Thru Pass and Tokyo Subway Pass. Semua di kaunter yang sama, I beli thru Klook and Kkday. Tunjuk proof of purchase, and within 5 minutes siap semua. Kaunter HIS dekat south area or tanya je staff situ dorang sangat helpful.



First stop adalah Osaka Museum of Housing and Living. Okay this part is tricky. Since I guna Osaka Amazing Pass (OSA) pass ni hanya valid guna selepas Sakai Station. So dari airport ke Sakai Station kena purchase tiket lain. Untuk ke museum tu, kena turun Tengacaya Station tukar train ke Tenjinbashisuji 6-chome Station. So purchase tiket kat machine utk ke Sakai Station for 820yen and turun kat Tengacaya, tunjuk tiket and OSA kalau ada staff nak tengok. If takde, just masukkan OSA dalam machine and keluar macam biasa. OSA tak cover dari airport so no choice kena beli seperate.

Sampai je Tenjinbashisuji 6-chome Station keluar dari station belok kiri and kiri lagi and straight and kiri lagi. You guys akan nampak macam dalam street shop, Tenjinbashisuji StreetShop.


Kedai 100yen


Jalan straight sampai hujung and nampak satu bangunan kelabu opposite Mcdonalds. Masuk and naik tingkat 4. Museum tu dalam bangunan tu. Since I pakai OSA, entrance fee is free! Kalau tak kena bayar 650yen kot. Banyak okayyy. Motif utama masuk museum ni sebab nak pakai kimono je. 500yen untuk half an hour and dia ada time slot. Masa I pergi tu kena tunggu sejam baru sampai turn I. Each time slot hanya 25 orang je. Choices of kimono banyak jugak. Cumanya dia just pakaikan kimono and bg kasut je lah. Kalau tempat lain sewa mahal almost 2000yen paling murah tapi dia provide makeup and hairdo sekali. Geram je tengok semua lawa lawa. I pakai tudung takkan dia belitkan tudung macam hijabista pulak kan. Takpe lah dapat 30 minit pon boleh asalkan dapat merasa.









Dalam ni best sebab "langit" dia siap berubah ikut time. Dari subuh sampai malam. Seronok je rasa macam ke zaman dulu dulu. Bergambar sakan lah kan. Enjoy the pictures!


Ni time senja





After that our journey diteruskan ke Hostel. I booked several apartments thru Airbnb tapi asyik la kena cancel sebab Japan implement new law apa entah. Since last minutes, terpaksa ambik hostel jugak. Tapi okay lah sebab its private since we're travelling with 6 people. Dapat satu bilik private yay! I will write a seperate entry utk accommodation and foods. So that tak too crowded in here. Lepas siap mandi and freshen up, kitaorg keluar ke Tempozan Ferris Wheel. Lucky us hostel sangat dekat dengan Tennoji Station. Since ada OSA, its all FREE! Riding the train is free, and going in tothe wheel is also free. Yay us again!





Perut lapar so mencari kedai makan yang halal and decide nak makan area hostel. So we went to Tsutenkaku Tower area. Turun ke Ebisucho Station, jalan beberapa langkah and jumpalah Tsutenkaku Tower. Ada a few halal foods there.


Betul betul dari tangga station Ebisucho






By using OSA, masuk tower pon free tapi sadly we all sampai lambat. So tengok dari bawah je lah. Kawasan ni orang panggil Shinsekai. Since hujan tak berapa nak meriah. Tapi serius best je berjalan. Okay next entry I akan cerita pasal makan and hostel hari first. Doakan sis terus menulis. Bye!

You May Also Like

0 comment(s)