Resepi Garden Pasta Salad ala Kenny Rogers

by - 12:57 PM

Wah kemain. I ingat nak diet tapi kelaut. Menu diet pon kalau habis 3 pinggan kau bedal takde maknanya kau dapat body model.

Okay now ke bahan bahan nya:-

Bay leaf
Italian Herbs
Olive oil
Capsicum
Bawang Holland
Brocoli
Carrot
Garam
Spiral Pasta


Dada ayam
Black pepper
Bawang Putih
Madu (Optional)


Beli dari Tesco. RM5.++



Pasta lepas rebus


Carrot potong nipis nipis and rebus jugak bagi empuk. Optional taknak letak pon takpe tapi sebab I tak makan brocoli, so I letak carrot.


Capsicum. Sebarang warna dibenarkan. Hijau murah sikit compared to merah and kuning. Yes I kedekut.


Bawang Holland. Potong nipis. I malas. Ikut dan je besar penumbuk.


Boleh beli kat Tesco


Wajib. Takde ni tak jadi.


Dada ayam utk grill. Optional. Taknak letak pon takpe. Takde hal.


Cara cara:-

1) Rebus pasta dalam periuk masuk garam satu sudu supaya nanti ada la sikit rasa kat pasta. Takde la plain je rasa.
2) Celur carrot sampai empuk.
3) Panaskan olive oil dalam 3 sudu api sederhana.
4) Masukkan bay leaf dalam 3 helai.
5) Masukkan capsicum and carrot and brocoli.
6) Masukkan garam and pasta,
7) Gaul sebati and tambah italian herbs sampai puas hati.

Ayam grill:-

1) Potong ayam jadi fillet
2) Grate bawang putih 3 ulas
3) Gaul bawang putih, garam and black pepper sekali ayam
4) Gaul sekali dgn satu madu, Optional, Taknak pon takpe.
5) Grill dalam non stick pan or pemanggang ajaib.


Ni hasilnya. Ayam tgh grill. I letak dalam bekas sebab nak bagi tunang. Favorite ni. Dulu kalau makan kat Kenny Rogers wajib order benda ni. Sekarang dah takde. Sobssss

Ada resepi yang tak goreng pon pasta tu, terus gaul je dgn olive oil. Tapi I prefer goreng biar capsicum and sayur lain tu separa masak. Boleh masuk peti ais or makan panas panas. 

Selamat mencuba!






You May Also Like

3 comment(s)

  1. Wajib ke masukkkan olive oil? Ke minyak masak biasa pun boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Olive oil lebih healthy and tak rasa berminyak sangat. Boleh je kot try minyak biasa. Sy tak pernah try lagi minyak biasa.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete