Trip Bajet Jepun 2018

Konichiwa hiks.
Baru mendarat dari Jepun 2 hari lepas. Nak acah jetlagged pon beza sejam je dari Malaysia.

In this post I will explain the expenses and jugak the things we purchased for this trip. This post only for budget, next post I akan cerita pasal itinerary okay? Okay lets go!



1) Flight Ticket
Beli almost setahun in 2017 sebab masatu ada promo free seats. Return RM700++ memang murah sangat dah tu. Purposely ambik KL-Osaka, Tokyo-KL sebab nak jejak dua dua Osaka and Tokyo. Perjalanan around 6 jam++ so I suggest jangan kedekut beli makanan masa book ticket. Lebih murah dari beli kat atas. RM15 makan and minum. Kalau rasa nak tukar makanan, later boleh tukar dalam Manage Booking kat Airasia website.



Oleh sebab 6 jam, I rasa bazir kalau naik siang. So I ambik time departure at 1.55am sampai Kansai Airport around 9am waktu Jepun. So still boleh gunakan sehari tu tanpa rasa bazir. Some more hotel kat sana tak bagi check in awal and check in time dorang sangat lambat. 1pm tu paling awal tapi mostly 3-4pm.


Malaysia yang ke Jepun tak perlukan Visa. So tak payah susah susah fikir pasal Visa.

2) Osaka Amazing Pass 1 day(RM91)

Image result for osaka amazing pass



I beli yang 1 day pass. Sebab 1 day pass je dapat free entrance ke tourist attraction. Check sini utk tempat mana yang masuk free. I beli through Kkday  tapi boleh jugak beli di Klook. Boleh beli berbulan bulan sebelum pergi guna bila tak kisah asalkan within 180 hari lepas purchase. Beli online and redeem di Kansai Airport.


Ini adalah route train/subway yg covered under 1 day pass. Please note dari Kansai Airport dia tak support so kena purchase separate ticket kat machine for 820yen and terus ke station lain yang korang nak pegi. Faham tak? Okay macam ni, Osaka Amazing Pass (OSA) hanya function lepas Sakai Station. So dari airport nak ke Sakai, kena la beli ticket 820yen. Tapi tak bermaksud korang kena turun Sakai Station. Macam I nak turun Tenghacaya Station. I beli 820yen ticket, turun kat Tenghacaya Station, masuk pass dalam machine and keluar. Ticket 820 yen tu just in case kalau kena check tetiba kang dia ingat kita naik free. 

3) Kansai Thru Pass 3 days (RM189)

Image result for kansai thru pass


I beli through Klook and redeem kat Kansai Airport. Setelah dikira kira ini yang paling berbaloi. Route dia yang I nak pegi semua covered, bus pon free. Boleh check map dia kat SINI  besar sangat nak letak sini. And check SINI utk tempat mana dapat discount. Berbaloi baloi I tell you.

4) Tokyo Subway Pass 2 days (RM45)

Image result for tokyo subway pass
Ini I beli kat Klook jugak. Redeem semua passes kat kaunter yang sama kat Kansai Airport. Pass ni unlimited ride kat semua Tokyo Metro and Toei Subway Line. Naik la sampai reput. Cumanya takde naik bus free. Bus pass boleh beli if ada Suica card 500yen perday unlimited ride. If tak beli pass, sekali naik 210yen. 210yen dah RM7++ yer. Kalau patbelas kali naik ke gugur bulu bulu semua? Haha

Kaunter redeem passes kat Kansai Airport


Masa redeem boleh tunjuk proof of purchase and bagi passport for verification. Easy peasy.


5) Travel Insurance (CHUBB Insurance)

Beli online je senang. Please please beli travel insurance lebih lebih lagi travel dengan family. Klik SINI utk beli.





Senang je cara beli. Murah dan unlimited coverage. Lagi murah if beli utk satu family. I memang ada ambik Tune Travel Airasia masa beli flight, cumanya ni as a backup if Tune Travel tu ta cover yg mana mana I perlu.

6) Pocket Wifi Roaming Man 6 days(RM72)

Beli SINI sangat mudah okayyyy. Mostly I survey harga memang murah cumanya dia kira based on tarikh kita pegang pocket wifi tu bukan dari tarikh kita guna. Macam I akan collect 4hb since flight I 5hb pagi. Pulangkan pon 11hb pagi padahal I dalam flight dah 10hb malam. So burn 2 hari rental fee la kan? Tapi RoamingMan hanya kira dari tarikh kita guna yay! Dia akan activate based on tarikh yang kita request. Coverage dia sangat terbaik underground pon dapat wifi. RM12 sehari and sangat bebaloi dari simcard yang mahal berganda harga dia. Tahan 12 jam and dia bagi usb cable utk kita charge.

Beli online and redeem kat KLIA or KLIA2. Senang!

7) Hotel I beli Airbnb since travel 6 orang. Tips nak murah, guna referral and dapat RM120 credit so book any Airbnb place dapat discount RM120! Sape taknak oiii. Klik SINI if you guys nak credit free. Hanya utk new account.

8) Overnight Bus Kyoto-Tokyo (RM170)

Since bajet ciput so takde la ride bullet train. Next time akan I cuba! So nak ke Tokyo boleh guna overnight bus lagi murah and jimat hotel. I beli kat SINI VIP Liner. Lebih murah dari bus lain. Dapat free blanket dalam bus. Boleh pilih nak naik dari mana and turun kat mana. I naik dari Kyoto Station and turun kat Shinjuku Bus Terminal. Gerak 10.45pm sampai 6.25am. Memang tepat. Ada 3 kali stop and every stop 20 minit. Last stop kat satu kawasan gunung tu best gila sejuk and kalau tak kabus nampak Gunung Fuji.

Beli online, print confirmation email and tunjuk masa nak naik bas. Senang!

Itu je lah kot dulu. Ada apa apa tertinggal I tambah okay! Happy reading.



You May Also Like

0 comment(s)