PAC PTD 2017 (Public Speaking, Pengucapan Awam, English/Malay Discussion)

by - 10:53 AM

Janji nak update esoknya kan? Tapi sebulan jugak drag. Haha
Sorry. Esoknya tu tetiba adik accident sampai masuk ICU. 
Alhamdulillah Allah panjangkan usia.

Okay. The next day ada lah:-
1) Pengucapan Awam Bahasa Melayu (5 minit)
2) Public Speaking (5 minit)
3) Perbincangan Bahasa Melayu
4) English Discussion

1. Pengucapan Awam Bahasa Melayu
Tajuk akan diberi pada hari sebelum. I dapat Semangat kerja berpasukan dalam kumpulan.
Tak prepare apa sangat sebab tajuk macam boring gila. So I merepek je la 5 minit tu siap bagi contoh itu la ini la. Orang lain kemain bagi statistik bagai. I krik krik je dengar. Satu group ada 11 orang. Tajuk ada 10 so akan ada dua orang yg dapat same topic. Nombor badan akan dipanggil secara random. Ikut suka hati pegawai yang jaga tu lah cemana dia nak panggil pon.

2) Public Speaking
Pon tajuk dapat lepas UKJK tu. I dapat Child Exploitation. Ada la prepare sikit. End up I merapu jugak. I cakap je apa yang terlintas kat otak. 

3) Perbincangan Bahasa Melayu
Tajuk akan tau masa masuk dalam bilik tu. We all dapat "Banjir Kilat Berpunca Dari Kecuaian Masyarakat"
Macam senang kan? Tapi tak boleh blah almost everytime kitaorg tersasar dari tajuk. Taktau nak salah kan sape. But its kinda annoying actually. I know yg dah lari tajuk, I tried to pull them back but they still nak lari. "Kecuaian Masyarakat" tapi discuss salahkan kerajaan. Maigod I tepuk dahi. Sampai pegawai tu asyik tegur and tekankan tajuk kitaorang tu. But again shitting on government is the best topic that we should discuss. *facepalm*

4) English Discussion
Tajuk tau masa masuk bilik jugak. "Jack of all trades, master of none." I was like, pebende ni weh? Aku tak penah dengar pon? Krik krik dengan kawan sebelah. Nasib baik la ada sorang tu tau. Tapi sakit la jugak nak discuss sbb discussion time was 1 hour. Kau mampu merepek apa satu jam? Pegawai yang jaga tu pom macam malas ambik port and tak tengok pon kitaorang, main phone. Lagi lah melalut kitaorang ni. 


Ahli Kumpulan 8.

Tips?
1. Pakai kemas, makeup la sikit kalau pompuan tu biar sedap sikit orang tengok.
2. Preparations kena ada. Jangan blur masa bercakap.
3. Kalau boleh jangan tengok note, make eye contact.
4. Masa discussion, DO NOT CONDEMN GOVERNMENT. Even tak suka government, but hey you apply kerja government and yet still bashing? Come on people, hypocrite a little. Haha
5. Masa discussion jangan terlalu dominant. I perasan ada dua tiga ketul dalam group I asyik dia je nak bercakap. Weh tu bukan maksud you dapat markah lebih tau. End up you paling corot sebab macam taknak menerima idea orang lain.
6. Doa je lah bagi lepas.

Result tak keluar lagi ni. Dah sebulan ha. So apa apa pon, harap ada rezeki yang menanti.
Bye!





You May Also Like

0 comment(s)