Trip Bajet ke Sabah (Kota Kinabalu & Kundasang)
by
Unknown
- 4:23 PM
Hi, nak menceceh lagi. Okay cakap banyak pon tak guna. Lets begin.
DAY 1
Berkumpul di KLIA2 seawal 7 am. Flight pada pukul 9.30 am. Semua peserta seramai 8 orang, 2 perempuan dan 6 lelaki. So far takde problem until kitaorg tgk beg Seman. Mak ai kemain besor ni sure tak lepas nak masuk cabin. Pegi la try dulu, and yes tak boleh. So Seman kena check in beg dia which is besar and 12kg berat. Dah 40 kali remind pon asyik la buat tak reti. Biasa la lelaki. Korang kalau beg tu besar and berat, better beli luggage online je which will cost you RM30++. Kalau kat kaunter almost RM80 kena bayar. Banyak weh beza.
Tu beg dia yg merah depan tu.
Boarding tepat pada masa, takde delay. Selamat sampai di KK airport. Pick up kereta sewa. RM150 perday utk Exora.
Contact Number : Raziman (0129600702)
Perut lapar mintak diisi tapi takde sape yg research tempat makan best di KK. Makanya weolls follow je Waze ke Tanjung Aru.
So so je makanan. Takde yang special pon. So perjalanan diteruskan ke Kundasang.
Berkabus dan sejuk. Tak payah bukak aircond yer. Tapi since muatan sangat berat, tak boleh nak laju sangat. 2 jam lebih baru sampai.
Hotel di Kundasang kitaorg ambik Crystal Hill R. Apartment dua tingkat, 3 bilik tidur, 3 bilik air. Guys stay di tingkat atas, girls di tingkat bawah. Pandai jaga diri di tempat orang. Jaga kelakuan. Ewwahhh.
Price per night thru booking.com = RM450. Book dulu bayar kat kaunter.
Gambar sekitar Crystal Hill R. Sampai sini dah maghrib. Tak banyak sangat boleh buat bila dah malam. Tambah tambah hotel ni sangat terpencil dan laluan masuk muat satu kereta sahaja. So memang siap siap beli makanan utk dinner, tak payah keluar dinner dah. Mujur pon beli, malam sangat sejuk, tak terdaya nak keluar. View dari hotel sangat superb. Dua dua tingkat ada balkoni and dua dua menghadap Gunung Kinabalu. Syahdu betul. Hotel ni recommended utk pencinta nature.
DAY 2
Hari kedua chekout siap siap dan terus ke Dairy Farm.
Dairy Farm ni bukak pukul 8, sampai sini 7 lebih so bergambar la dulu. Bayaran masuk RM5 per head. Bayar sebelum masuk, kat gate tu yer.
Gelato! RM4.++ Ada coklat and yogurt. Durian ikut musim.
Boleh bermesra dengan kambing. Nak feed boleh bagi susu or rumput. RM1.50. Nak tengok je, free.
Taktau beza dah mana lembu mana manusia. Kahkah
Too bad kat sini hujan lebat. So tak dapat bergambar sekitar. Niat asal nak pegi Kinabalu park and canopy walk pon dilupakan. Perjalanan diteruskan ke KK.
Isi perut sebelum check in. Kat KK ambik airbnb je. Senang. RM180 per night. 3 bilik. Again, pandai jaga diri eh. Masing masing dah besar.
Pukul 4 petang lepas bersihkan diri dan rehat, next location is Jesselton Point. Sebab esoknya plan island hopping, so better cari tiket siap siap. Harga display utk 2 island adalah RM33. But you guys kena pandai nego. Selepas nego lebih kurang, I dapat RM350 utk 3 pulau, private boat and include taman laut tax.
So per head only cost you RM43.75 plus RM3 bayaran masuk kat pulau. Murah kan? Sbb weolls tak suka share, utk private boat ni dah dikira murah. If boat biasa lagi murah. I think 3 pulau RM36 kot. Pulau pilihan ialah Sapi, Manukan dan Mamutik. Oh ya kalau nak sewa snorkeling set and jaket, RM10 je kat kaunter for both. So better sewa kat kaunter.
Settle beli tiket, teruskan perjalanan ke Filipino Market.
Makan tepi laut macam nak terbang kedai tu dengan angin kuat gila. Total makan RM350++. Tak sure sebab Helmi belanja RM150, the rest bayar RM26 per head. Memang banyak. Lobster sorang 2, udang, sotong, ikan.
Lepas dinner, lepak Hard Rock Cafe KK.
DAY 3
Last day. Flight balik pukul 9.40pm. So sempat je lagi ni pegi island hopping.
Beli makanan siap siap kat Jesselton Point. Makanan dia okay tak mahal. Beli breakfast and lunch. Air mineral wajib beli sana. Harga 3 kali ganda mahal kat pulau. First pulau is Sapi. Sapi ni katanya cantik untuk snorkel tapi Allahu panas lahaiiii. Sikit gila tempat teduh dia. Yang lain semua panas! Sejam je kat sini, terus call bot pick up pegi Manukan.
Manukan memang santai, nak berehat semua mmg best sebab teduh. Tapi air dia agak kotor. Tak sesuai utk snorkel. Lama jugak kat sini sebab sini lunch dan bersantai.
Kemudian last stop is Mamutik.
Mamutik air paling lawa. Nak santai tak best sgt sebab crowded dan area berpasir sgt limited. Tapi air dia cantik. Sesuai utk snorkel.
Pukul 3 siap siap balik ke apartment. Singgah Pizza Hut dinner siap siap. Sampai bilik, kemas kemas, siap siap ke airport.
Ini adalah bajet tak termasuk makan, flight tiket dan shopping. Flight tiket RM250 return Airasia. Boleh dapat lagi murah.
Sekian saja celoteh saya. Bye!
**TQ guys for the memories, this might be the last trip before some of us tukar title jadi bini/laki orang. Lepas ni tak sure lah boleh bercuti sama sama ke tak dah mana tau korang kena rantai kaki dok rumah je keeeeee. I wish you guys a blissful marriage life to those who are getting married soon.**
P/S : Boleh refer my new post SINI pasal Kundasang trip. TQ for reading!