Trip Bajet ke Sabah (Kota Kinabalu & Kundasang)

by - 4:23 PM

Hi, nak menceceh lagi. Okay cakap banyak pon tak guna. Lets begin. 

DAY 1

Berkumpul di KLIA2 seawal 7 am. Flight pada pukul 9.30 am. Semua peserta seramai 8 orang, 2 perempuan dan 6 lelaki. So far takde problem until kitaorg tgk beg Seman. Mak ai kemain besor ni sure tak lepas nak masuk cabin. Pegi la try dulu, and yes tak boleh. So Seman kena check in beg dia which is besar and 12kg berat. Dah 40 kali remind pon asyik la buat tak reti. Biasa la lelaki. Korang kalau beg tu besar and berat, better beli luggage online je which will cost you RM30++. Kalau kat kaunter almost RM80 kena bayar. Banyak weh beza.


Tu beg dia yg merah depan tu.

Boarding tepat pada masa, takde delay. Selamat sampai di KK airport. Pick up kereta sewa. RM150 perday utk Exora. 

Contact Number : Raziman (0129600702) 

Perut lapar mintak diisi tapi takde sape yg research tempat makan best di KK. Makanya weolls follow je Waze ke Tanjung Aru.







So so je makanan. Takde yang special pon. So perjalanan diteruskan ke Kundasang.


Berkabus dan sejuk. Tak payah bukak aircond yer. Tapi since muatan sangat berat, tak boleh nak laju sangat. 2 jam lebih baru sampai. 

Hotel di Kundasang kitaorg ambik Crystal Hill R. Apartment dua tingkat, 3 bilik tidur, 3 bilik air. Guys stay di tingkat atas, girls di tingkat bawah. Pandai jaga diri di tempat orang. Jaga kelakuan. Ewwahhh.

Price per night thru booking.com = RM450. Book dulu bayar kat kaunter. 









Gambar sekitar Crystal Hill R. Sampai sini dah maghrib. Tak banyak sangat boleh buat bila dah malam. Tambah tambah hotel ni sangat terpencil dan laluan masuk muat satu kereta sahaja. So memang siap siap beli makanan utk dinner, tak payah keluar dinner dah. Mujur pon beli, malam sangat sejuk, tak terdaya nak keluar. View dari hotel sangat superb. Dua dua tingkat ada balkoni and dua dua menghadap Gunung Kinabalu. Syahdu betul. Hotel ni recommended utk pencinta nature. 

DAY 2 

Hari kedua chekout siap siap dan terus ke Dairy Farm.








Dairy Farm ni bukak pukul 8, sampai sini 7 lebih so bergambar la dulu. Bayaran masuk RM5 per head. Bayar sebelum masuk, kat gate tu yer. 


Gelato! RM4.++ Ada coklat and yogurt. Durian ikut musim.


Boleh bermesra dengan kambing. Nak feed  boleh bagi susu or rumput. RM1.50. Nak tengok je, free.


Taktau beza dah mana lembu mana manusia. Kahkah

Too bad kat sini hujan lebat. So tak dapat bergambar sekitar. Niat asal nak pegi Kinabalu park and canopy walk pon dilupakan. Perjalanan diteruskan ke KK.


Isi perut sebelum check in. Kat KK ambik airbnb je. Senang. RM180 per night. 3 bilik. Again, pandai jaga diri eh. Masing masing dah besar.

Pukul 4 petang lepas bersihkan diri dan rehat, next location is Jesselton Point. Sebab esoknya plan island hopping, so better cari tiket siap siap. Harga display utk 2 island adalah RM33. But you guys kena pandai nego. Selepas nego lebih kurang, I dapat RM350 utk 3 pulau, private boat and include taman laut tax. 

So per head only cost you RM43.75 plus RM3 bayaran masuk kat pulau. Murah kan? Sbb weolls tak suka share, utk private boat ni dah dikira murah. If boat biasa lagi murah. I think 3 pulau RM36 kot. Pulau pilihan ialah Sapi, Manukan dan Mamutik. Oh ya kalau nak sewa snorkeling set and jaket, RM10 je kat kaunter for both. So better sewa kat kaunter.

Settle beli tiket, teruskan perjalanan ke Filipino Market.










Makan tepi laut macam nak terbang kedai tu dengan angin kuat gila. Total makan RM350++. Tak sure sebab Helmi belanja RM150, the rest bayar RM26 per head. Memang banyak. Lobster sorang 2, udang, sotong, ikan.



Lepas dinner, lepak Hard Rock Cafe KK.


DAY 3

Last day. Flight balik pukul 9.40pm. So sempat je lagi ni pegi island hopping.












Beli makanan siap siap kat Jesselton Point. Makanan dia okay tak mahal. Beli breakfast and lunch. Air mineral wajib beli sana. Harga 3 kali ganda mahal kat pulau. First pulau is Sapi. Sapi ni katanya cantik untuk snorkel tapi Allahu panas lahaiiii. Sikit gila tempat teduh dia. Yang lain semua panas! Sejam je kat sini, terus call bot pick up pegi Manukan.






Manukan memang santai, nak berehat semua mmg best sebab teduh. Tapi air dia agak kotor. Tak sesuai utk snorkel. Lama jugak kat sini sebab sini lunch dan bersantai.

Kemudian last stop is Mamutik.








Mamutik air paling lawa. Nak santai tak best sgt sebab crowded dan area berpasir sgt limited. Tapi air dia cantik. Sesuai utk snorkel. 

Pukul 3 siap siap balik ke apartment. Singgah Pizza Hut dinner siap siap. Sampai bilik, kemas kemas, siap siap ke airport.


Ini adalah bajet tak termasuk makan, flight tiket dan shopping. Flight tiket RM250 return Airasia. Boleh dapat lagi murah. 

Sekian saja celoteh saya. Bye!

**TQ guys for the memories, this might be the last trip before some of us tukar title jadi bini/laki orang. Lepas ni tak sure lah boleh bercuti sama sama ke tak dah mana tau korang kena rantai kaki dok rumah je keeeeee. I wish you guys a blissful marriage life to those who are getting married soon.** 



P/S : Boleh refer my new post SINI pasal Kundasang trip. TQ for reading!



You May Also Like

5 comment(s)


  1. TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
    Mari Bercuti Ke Sabah.... 2018

    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Antara Kelebihan kami:

    Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..
    a) Nissan Urvan RM250 sehari
    b) Toyota Innova Model Baru RM250 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM170
    f) Produa Alza RM150
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Bezza RM140

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Kadar harga lebih rendah untuk sewa
    secara bulanan.

    Antara kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm300 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM25.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
    Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
    * Banana Boat RM30 (15 mnt)
    * FlyFish RM60 (15 mnt)
    * Parasailing RM55 (15 mnt)
    * Jetski RM150 (30 mnt)
    * Sea Walking RM160 (30 mnt)

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    Hubungi kami

    Whatsapp Link
    Follow this link to join my WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/387y16twAxM8JkZcLf65AP

    0129600702 (Whatsapp/call)

    Boleh Call atau Whatsapp

    ReplyDelete
  2. Thanks nadia share experience kat sabah. Nanti boleh dtg lagi dengan family plak kan. Ada terbaca haritu kat blog ni banyak lg tau tempat menarik boleh pegi kat sabah sebenanye. Link kat bawah

    https://www.duaposen.com/tempat-menarik-di-sabah/

    ReplyDelete
  3. Perkhidmstan kete sewa n chalet bole u carikn

    ReplyDelete
  4. Saya dah tukar no.... 0163751978
    No 0129600702 dah tak guna lagi

    Pakej Percutian Bajet Ke Sabah 2019

    Hanya RM175 seorang (Minimum 10 org)

    Hari Pertama
    ��Airport Transfer
    ��Pusat Bandar Kota Kinabalu
    ��Rumah Terbalik
    ��Pekan Nabalu
    ��Pekan Kundasang
    ��Check in Homestay Kundasang

    Hari Kedua
    ��Luanti Fish Tagal
    ��Arnab Village
    ��Sabah Tea
    ��Poring Hotspring
    ��Desa Cattle Mesilau
    ��Kinabalu Park
    ��Kota Kinabalu
    ��Pasar malam sinsuran

    Hari Ketiga
    ��Jesselton Point
    ��Pulau Manukan/Sapi
    ��Tg Aru Beach
    ��Perdana Park
    ��Signal Hill
    ��Pasar Malam

    Hari Keempat
    ��Pusat Bandar KK
    ��Pasar Pelipin
    ��Jamilah Jewellery
    ��Airport Transfer

    Harga Pakej:
    ��2H1M RM175 seorang
    ��3H2M RM255 Seorang
    ��4H3M. RM335 Seorang

    Pakej Termasuk,
    1. Pengangkutan
    2. Pemandu
    3. Minyak kenderaan
    4. Penginapan

    Tidak Termasuk
    1. Tiket Lawatan
    2. Makan Minum
    3. Lain lain perkhidmatan yg ditempah semasa menginap.


    Hubungi

    Raziman 0163751978. (Call/Whatsapp)

    ReplyDelete
  5. Hai just nak tny .kalau ke sabah perlu tukar line wifi ke ??maaf bertny..tq

    ReplyDelete