Resepi Chocolate Chip Cookies Famous Amos Mudah

Hi,
Kali ni I nak share resepi cookies yang super senang and tak leceh.

BAHAN-BAHAN

Bahan A
1 buku butter 250g
1 cawan gula kastor
2 cawan gula perang
1 sudu esen vanilla
2 biji kuning telur gred A

Bahan B
2 1/2 tepung gandum (diayak)
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
secubit garam
1 cawan coklat chips

1) Campur and gaulkan semua bahan A. Pakai spatula je tak payah pakai mixer pon.
2) Masukkan tepung, baking poweder, soda bikarbonat and garam. Gaul sebati.
3) Last sekali masukkan chocolate chips.
4) Kalau rajin, simpan dalam peti ais sejam. Kalau tak rajin boleh terus bakar je.
5) Panaskan oven 170C 10 minit.
6) Bulatkan adunan atas non-stick paper.
7) Bakar 15 minit dalam suhu 170C.
8) Dah siap bakar keluarkan and sejukkan dulu cookies tu sampai dia betul betul keras baru masukkan dalam bekas. Okay?


Ni masa campurkan Bahan A


Ni dah campurkan bahan B


Siap gaul, masuk dalam peti ais kejap


Comel comel je I buat sebab nak dia cepat masak


*Telan ailio*

Gambar hasil akhir takde. I tak snap. Terus bagi boyfriend lepas siap. Kemain satu balang dia habiskan. Kena potong kaki baru tau.
Try tau! Di jamin sedap!

You May Also Like

0 comment(s)