Wedding Story : Engagement (Hantaran DIY)

by - 12:34 PM

Assalamualaikum.
Alhamdulillah I akan bertunang 8/4/2017 atas restu kedua dua belah keluarga.
7 tahun menyulam cinta akhirnya nak kahwin jugak. Wow sastera sengat,
Umi (bakal mertua) request berbalas hantaran masa tunang sebab nanti masa bersanding dorang takde la susah susah bawak hantaran dah. Yela sebab jauh kan so faham la. At least mudahkan I jugak takde semua benda nak buat masa nikah. 

I decide nak gubah sendiri je since darah seni membuak buak macam darah Hang Tuah. Ecceh.
Pilihan nak beli bunga, barang hantaran tu merata KL/Selangor ni ada. Tinggal hulur duit je.




1) Fah Lean Floral Balakong

Pilihan sangat banyak. Ada dua tingkat. Sangat selesa and you guys boleh meniarap sambil pilih bunga. Sebab kena tanggal kasut and of course la bersih. Segala mak nenek span, foam, kain, dulang, kayu, doorgift, plastik, prop untuk photobooth semua ada. Recommended!

2) Semua House, Jalan TAR

Gambar takde. Kena pandai cari lah. Ada certain things sini murah and sini mahal tapi tak banyak beza pon, Margin RM-RM3 je.

3) Kaison Paradigm Mall

I beli bunga kat Kaison. Sebab jenis window shopping. Takde exact design pon cemana I nak. Nanti I bagitau harga.

4) Romantika, Plaza Alam Sentral

Sini pon bersepah bunga. Murah murah jugak. I ada beli sikit kat sini. Tapi sayang nya span foam takde jual sini. Sobs


5) CT Handicraft Shah Alam

I beli span foam sini. Macam macam ada. Bunga kat tingkat atas. I pegi dah lambat so shopping kalut kalut sikit.

Hasil Gubahan Sendiri


Beli dekat KK Home Giant Kota Damansara 



Romantika


Kaison


Kaison


Kaison


CT Handicraft


Dulang tak letak button lg kat tengah


Acah jap


Camni la hasil akhir


Another contoh. Abaikan bilik super bersepah tu.

Total Cost : Less than RM100 untuk semua.

Electric Glue
Ribbon
Bunga
Span Foam
Kain Satin 1.5 meter
*Bunga pinang, kapur, gambir (untuk sirih junjung)

Tapak dulang I pinjam je kat best friend I. Senang.

So berbaloi ke tak gubah sendiri? Pada I berbaloi kot. Sebab takyah upah orang, design sukahati and of course excited lebih. Haha

Selamat mencuba pada bakal brides sekalian!





You May Also Like

0 comment(s)