Birthday Trip @ AVANI Sepang Gold Coast Resort

by - 10:45 AM

Hi uollss!
Monday blues teruk I hari ni. Kalau kaya hari hari nak bercuti. Kemain berangan kannn.
Alhamdullilah dah 25 tahun I hidup. Masih diberikan kesihatan yang baik.
So birthday kali ni, bff I Cik Mimi belanja duduk hotel. Curlassss sangat dia tu. 


Gate. This is private resort. So bukan penginap hotel tak dibenarkan masuk. This week kan ada warning air pasang besar. Sepang pon affected. So management hotel tak kasi parking dekat dengan hotel. Sebab yelah kang air pasang naik banjir mau jahanam kereta. So kitaorg park jauh sikit. But don't worry free shuttle available 24 hours. Tak tunggu lama pon. Less than 5 minutes je.


Orang kaya nak check in.


AVANI kan bentuk macam pokok kelapa hotel dia. All rooms atas air. Takde kat darat. Nak menapak ke bilik agak jauh. So lets ride buggy!


Seronok naik buggy sampai gegor gegor.


Sampai. This is our room. Superior room. No 079.


Tempat memadu asmara dengan Mimi.


Merenung ke luar jendelaaaaaa


View dari our balcony.


Chilling area


Bathroom


Toiletries


The balcony/chilling area/berangan area


Ni ha contoh pompuan berangan


Eh tak habis berangan lagi.


Habis berangan/camwhore setaip penjuru bilik, kitaorg merehatkan diri sebelum melawat sekitar kawasan. Cadangnya nak pekena Laksa. Tapi Laksa kalau Langkawi sedap lah.
So makan benda lain.


Makan mee goreng, kueyteow pattaya. RM14 sekali air. Makan menghadap Pantai Bagan Lalang.


Tinggi kan air naik? Sikit je tinggal area berpasir tu. Air dah naik lebih dari tembok. Tapi Alhamdullilah la takde ombak kuat. Just air naik je.


Balik dari Pantai Bagan Lalang, kitaorg melawat kawasan lg dalam area AVANI.










Swimming pool menghadap laut,



Gym sebelah swimming pool.


Sambil swimming sambil layan lagu.


Sebab bilik jauh sangat, akan ada phone kat every check point. Call lah if you need any assistance. Jangan call mak pulak. Haha


Marilah pulang ke bilik.


Senja view from our balcony.


Chilling

Malam order room service. If makanan, available from 10am to 10pm for order, If nak mengopi ke minum juice ke, yg 24 hours. Order je. Cara order pakai remote je kat TV. Within few minutes dia akan call confirmkan order and makanan akan dihantar within 45 minutes. Bayar straight away. Make sure bayar cukup cukup. I punya RM29. Tp I bagi RM30. Dia cakap keep the change? I pon angguk je. Haha malas nak mintak balance lagi seringgit.

Air mineral dia bagi 2 bottles. I call lagi mintak extra. Nasib lah complimentary. Pastu I mintak lagi nescafe and segala mak nenek teh sugar creamer tu. Ambik seplastik dia bagi. Sampai Mimi bawak balik rumah. Haha


Esoknya pukul 7 dah bangun. Semangat I bangun nak breakfast punya pasal. Breakfast betul betul sebelah swimming pool. Makanan memang banyak. I tak snap sebab segan mat salleh usha usha. Makanan sangat variety. Nasi, noodles, roti, bubur, salad, pasta eh macam macam lah. Berbaloi!




Rehat jap ambik angin pagi. 


Balik bilik siap siap untuk checkout.


Tunggu shuttle.

Lagi satu aktiviti sini banyak sangat. Pilih je nak buat apa. Tempat kitaorg parking tu macam macam ada. Go kart, archery, paint ball, dll.


List harga.

Maka berakhirlah short vacation/birthday trip kali ni.
Thank you Mimi belanja. Bulan depan kau punya birthday kita pegi Melaka tau.


[LOKASI]


AVANI Sepang Goldcoast Resort, No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan, 43950, Malaysia

Boleh book sini ataupon cari lah di TRIVAGO. Mengapa bayar lebih? Haha
Bye!






























You May Also Like

1 comment(s)

  1. as salam admin..maaf tumpang iklan, utk sahabat2 yg ingin bercuti di avani resort sepang, 2 bedroom villa rm600, 0122208140

    ReplyDelete