Trip Bajet Ke Langkawi 2016

Salam Selasa,

I baru balik dari Langkawi uolls. Trip kali ni memang I sendiri yang organized. Peserta trip adalah rakan seperjuangan UNITEN dulu dulu (padahal baru 3 tahun graduated) seramai 8 orang.




Encik Hariz Aiman


Encik Azwan Zainurdin


Encik Mohd Helmi


TMJ (Encik Seman)


Encik Suami. Eh, Encik Heiyzz Roslan.


Encik Syukri


Cik Mimi


Cik Jelita. Eh.



Berikut adalah Bajet Wajib yang I collect for this trip.

Hotel : Hotel Bahagia.

I booked untuk dua bilik since perserta adalah campuran lelaki dan wanita dan seperti yang kita tau selagi tak kahwin, mana boleh tidur sebilik. Ecceh. Actually ada lg bilik hotel yang murah. Tapi since I nak all boys stay in one room, Hotel Bahagia adalah the best choice. Why?

Besar
Dalam kawasan pekan Kuah
Easy to park
And breakfast included!


Ini bilik I and Mimi. RM240 untuk 4 hari 3 malam.


Boys room. RM480 untuk 4 hari 3 malam

Total cost hotel untuk 8 orang : RM720.00 (breakfast included)


*********************************

First Day

Gerak dari Kota Damansara pukul 4 am. Puan Pengerusi sangat lah tegas dalam bab masa. Semua peserta harus lah mendengar kata. Oleh sebab peserta ramai, makanya dua buah kereta diperlukan dalam trip ini. Untuk keadilan dan saksama, puan pengerusi telah memutuskan cabutan undi untuk menentukan penumpang di setiap pitstop,


Letih betul Encik Hariz. Sampai lelap lelap mata dia.


RnR RTC


Puan Pengerusi bersama official photographer/videographer untuk trip kali ni. #2kerja

Perjalanan diteruskan ke utara tanah air. Kami tiba di destinasi Jeti Kuala Kedah pada pukul 10 pagi. Puan pengerusi cepat cepat turun beli tiket. Dapat last tiket pukul 10.45 pagi. Fuh nasib baik. Tempat parking kereta bersepah. Nak senang, park je depan jeti. RM15 per day. Pandai pandai la mintak kurang, cakap Kedah sikit ke bakhang. Ataupon banyak je tempat lain yg offer RM10 per day. Antara jauh dengan dekat je.


Encik Hariz ni kat mana mana pon boleh lelap. 

Perjalanan mengambil masa 2 jam. Boleh lah kroh kroh atas ferry dulu kan. Tiket berharga RM23 untuk dewasa. Kanak kanak RM17 rasanya. 

Sampai Jeti Kuah, terus collect kereta sewa. I menggunakan khidmat RST Holiday. Dah pernah guna service dorang, and sangat berpuas hati. Kereta Nissan Grand Livina RM100 per day. Muat 8 orang tanpa barang. Boleh contact 012 444 0109. 

Dapat je kereta, vroom vroom terus isi minyak. Depa bagi kereta minyak dah blink blink bakhang. Keluar dari jeti ambik kiri, jumpa simpang empat ambik kanan pastu uturn. Perghh puan pengerusi masih ingat. Lepas isi minyak, check in hotel and bersihkan diri.

Kemudian, perut mesti lah kena isi kannnn. Pilihan lokasi lunch adalah di Selera Pantai Timur. Berbagai juadah pilihan makanan yang menggugat keimanan. Sedikit mahal, tapi dah lapar ni bedal jeeee. Gambaq takde. Tapi sedap.

Selepas makan, kami decide nak makan lagi. Lokasi adalah Pantai Kok. Sebab tak ramai dan laksa situ sedap.


Laksa sedap, pasemboq pon sedap!


Peserta

Kanak kanak riang


Puan Pengerusi


Cubaan mengorat Puan Pengerusi


Siap makan, balik hotel. Sebelum masuk berehat, kami singgah beli barang untuk BBQ D.I.Y pada malam last nanti. Later I story.

Dinner malam tu disponsor oleh Encik Hariz sebagai token penghargaan dan semangat setiakawan beliau. Lokasi adalah Restoran Wan Thai. Sebelah hotel je.


Menu


Menu


Menu


Menu


Menu


Menu


Menu


Encik Hariz decide nak makan apa.



Hasil tangkapan.

Overall sedap sangat. Servis cepat, staff ramah, tempat pon selesa. Harga jangan tanya. Orang belanja. Kenyang makan, balik lena.


*********************************

Second Day


Bangun tidur, mandi, siap siap and breakfast at hotel. Choice makanan memang banyak and sedap. Roti, pizza, nasi lemak, nasi goreng, mee, maggi, kuey tiaw, nasi putih, cereal, bubur, mushroom soup, buah buahan dan bermacam lagi! Selepas makan, perjalanan diteruskan ke Oriental Village. 

SkyCab + SkyDome + SkyRex = RM35 with MyKad
SkyBridge + SkyGlide = RM15






Kami menghabiskan masa selama 6 jam disini. Beratur agak panjang. Kalau malas beratur, boleh la beli VIP pass, add on another RM50.

Dinner malam kedua ditaja oleh Eternity Production sebagai tanda penghargaan kepada peserta kerana menyokong pembabitan Eternity dalam industri ini. Kalau nak kahwin ke tunang ke apa, bolehlah hire Eternity Production. Kualiti tiptop! 

Puan Pengerusi memang teringin nak dinner menghadap sunset tepi laut. Makanya lokasi pilihan adalah di Baron Bay Bistro, sebelah De Baron Resort. View memang superb!


Acah pre wedding


Sebelum sunset






Kan dah cakap. Mana mana pon dia boleh lelap.


Makanan Western sahaja. Price okay la. Affordable. RM26 untuk grill lamb. RM23 untuk grill beef. RM14 untuk carbonara.



*********************************

Third Day

Rutin yang sama macam semalam. Pukul 9 dah siap siap untuk Island Hopping. RM25 per pax, private boat. I tempah dengan RST Holiday jugak. Boleh contact 012 444 0109. 

Pulau Beras Basah - Eagle Watching - Tasik Dayang Bunting - Bat Cave
Duration : 4 hours

















Dah penat, balik hotel tido kroh kroh. Sebab malam ni adalah malam BBQ, Puan Pengerusi bersama Ecik Hariz, Encik Helmi dan Cik Mimi keluar jalan sekitar Kuah untuk shopping barang basah. Merata cari, akhirnya jumpa Pasar Awam Kuah. Macam macam adaaaaa.

Tiba lah masa untuk BBQ. Kami setup BBQ sendiri di Pantai Cenang. Pandai pandai sendiri mencari lokasi. 









BBQ Night is a success!



*********************************

Fourth Day


Bangun pagi, breakfast, dan checkout. Kami memulakan perjalanan ke KL pada pukul 1 petang. Masing masing agak sedih dan taknak move on. Ei ending tak pernah senonoh. Kalau rajin I tambah lagi. Bye! 



You May Also Like

2 comment(s)