Review Filem : Manisnya Cinta di Cappadocia

by - 2:05 PM


Tengok cerita ni last week after attend wedding member. Dah lama nunggu rasanya ada kot 2 tahun.
Overall best la. Bila dok tenung muka Fazura tu lamalama, rasa stress pulak. Apesal lawa nau kau ni?

Diadaptasi from novel Anis Ayuni bertajuk Manisnya Cinta. Kira sesuai la watak dorang ni. Semua ada. Drama, romance, sedih, tak masuk horror je. Pastu macam adorable la watak Fazura ni. Imaginasi tu tinggi melangit.

Kesah dia begini, Fazura, Lisa Surihani and Eja ni adik beradik. Eja meninggal sebab cancer. So anak anak dia Fazura and Lisa yang jaga. Bakhtiar ni husband Eja. 

Shaheizy Sam as Nazmi ni berkenan sangat kat Ifti Liyana (Fazura). Try la ngorat. Tapi dia tak bgtau Ifti yang dia ni pilot. Takut Ifti ni mata duitan la gayanya. So bermula la kisah dorang sampai ke Turki nun. 

Nak tau kena la tengok. Ye dak?
Cerita ni light. Fun. Tak berat. Tak stress bila la nak habis bila la nak habis. Sesuai untuk semua lapisan umur.

Terjah wayang sekarang!

Bye. 

You May Also Like

0 comment(s)