Temuduga Penguasa Kastam Gred W41 2014

by - 11:10 AM

Assalamualaikum.


Lama tak menulis. Tergerak hati nak menulis sebab nak share pengalaman sendiri yang maybe tak semua dapat peluang ni. Kan?

So, Selasa lepas dapat panggilan temuduga untuk Penguasa Kastam Gred W41. Bagi tips dalam points la. Takde la bosan nak baca kan?

1. Make sure selalu check result exam/interview through SPA portal. Bukan apa. Machine ni pon kekadang ada faulty jugak. Email tak sampai la apa. So just double check kat SPA Portal.

2. Print out surat panggilan temuduga tu. Tu yang penting. Kat situ dia nak nak bahagikan kita kepada bilik bilik temuduga. Ada kod bilik kat situ. So, make sure print and tunjuk kat dia masa nak ambik nombor giliran. 

3. SIJIL ! Nak selamat bawak segala mak nenek sijil. Dari UPSR, PMR, SPM, STPM, DIPLOMA, FOUNDATION, DEGREE and MASTER. Bawak semua. Original dan salinan. Bawak jugak sijil result yang kuning tu tau. Bukan yang slip putih tu. Yang kuning masa kita pegi ambik lepas berbulan result keluar. 

                   

4. IC and Surat beranak jangan lupa okay! Original and salinan.

5. Resume! Make sure cantik, padat dan ringkas. Sertakan gambar sekali.

6. Semua sijil dari sekolah rendah sampai la masuk U tu bawak je. Contoh sijil berhenti sekolah. Kena bawak. Ori and salinan. MUET pon bawak. Sijil yang main sukan tu, just bawak yang ORI je sebab dia tak pandang pon. Haha penat je main.

7. Pakaian. Kalau muslimah macam saya, just pakai pakaian sopan yang macam baju kurung dan kasut bertutup. Kalau lelaki make sure pakai kemeja and blazer. Baru kemas. 

8. Nak soalan bocor ke? Haha depends la pada penemuduga tu. Masa pergi interview tu saya dapat bilik first walaupun datang lambat dari orang lain. Ada 5 bilik semuanya. Dia bahagikan ikut kod dekat surat panggilan temuduga tu. Kalau macam saya hari tu simple je dia tanya. Perkenalkan diri, kekuatan and kelemahan, harapan and persediaan datang interview. Tak sampai 5 minit okay. Nak baca doa hembus hembus pon tak sempat. Haha

9. Make sure datang awal tau. Dalam surat tu memang la cakap pukul 10 pagi. Datang pukul 9 pon takpe. Sebab boleh check dulu apa yang cukup or tak. Kat situ nanti dia bagi checklist.

Summary.

1) IC & Surat beranak (ORI and salinan)
2)Sijil UPSR, PMR , SPM, STPM (ORI and salinan)
3) Transkrip (ORI and salinan)
4)Scroll degree or diploma (ORI and salinan)
5)Sijil berhenti sekolah (ORI and salinan)
6)MUET (ORI and salinan)
7) Segala mak nenek sijil (ORI shj pon takpe)
8)RESUME (Make sure ada gambar)


Kita just usaha je bagi yang terbaik. Usaha and tawakal la. Allah ada. Kalau Dia kata memang tu rezeki kita, Inshaallah tak kemana.

Selamat maju jaya!

You May Also Like

0 comment(s)