Dinner @ Rasa Thai The Curve

by - 5:15 PM

Rasa Thai, The Curve.
Selalu lalu kedai ni tapi tak penah masuk sebab takut mahal. Sekali I pegi check harga astaga murah sangat ni. Berbaloi makan ni dari Thai Express yang tak berapa nak Express tu.


Ze Menu. Siap dengan time dia bagitau, 11.30 am till 10.30pm


Tomyam I ambik Small je. 




Ni dia punya small size. Kalau Large agaknya besar kawah kot. Dua orang makan lebih banyak. 4 orang makan pon boleh ni. Sedap tapi tak boleh challenge Absolute Thai. But better than Thai Express.


Daging kicap. I tak paham laki I ni. Makan seafood order daging kicap. Jawa betul.


Kailan ikan masin. Wayyyy better than Absolute Thai. Ikan masin tu banyak betul Sedap terliur pulak tengok gambar ni.


Lepas order dia akan provide mangkuk kecik untuk hirup kuah.


Boleh pilih indoor or outdoor seating. I pilih luar sambil layan Live Band. Woot woot!


Rasa Thai ni opposite Johnny Rockets and Hotel. Area Street Market The Curve, sebelah Dome. Kebetulan malam tu ada event 7 Hari Mencintaiku. I nampak la Siti Saleha, Syukri Yahaya dari jauh. Lap air mata je. Nampak Buntat jugak. Comel betul.

Tomyam ayam, daging kicap, kailan ikan masin, nasi putih dua, ice water 2 = RM30
Mahal la kalau banding kedai tomyam biasa. Ini dalam Mall. So murah sangat sangat dah tu. You guys order macam ni kat Absolute Thai, siap la RM50 dalam poket. 

So absolutely will come again. Bye bye Thai Express! Kahhh












You May Also Like

0 comment(s)