Trip Bajet ke Hat Yai
Hai.
Last weekend I pegi Hat Yai bawak kereta, ikut Bukit Kayu Hitam. Trip main redah unplanned.
Tips nak drive sendiri:-
1) Ada geran kereta, original or copy tak kisah.
2) Ada insurans
3) Ada GPS
4) Ada DUIT. Ni penting. Haha
Stop sini kejap sbb nak buat insurans and tukar duit. Ada satu kedai besar sebelum sampai imegresen and selepas Canglun. Kedai lain I taktau. Sini dah ada sekali so senang. Total hangus insurans sekali arrival/departure card utk 4 orang = RM29
Sila waze kalau taktau.
And sila isi minyak siap siap. Dalam Thailand walaupon border je, minyak tak ikut Malaysia yer. Mahal almost RM1 dari harga kita. Baik lah isi full tank before masuk.
Dan masuklah Thailand dengan happy. Kalau drive, belok kiri lepas nampak bangunan yg ramai beratur tu. Takyah turun beratur sekali. Pastu semua yg dalam kereta kena turun tunjuk muka kat kaunter booth tu. Kena bagi border pass and passport berserta arrival card. Kat sini orang tu mintak 40baht charge overtime. I tak sure benda wajib ke idok, malas nak argue I bayar je. Please note, orang imegresen siam sangat lah rude dan tak friendly. Takyah speaking, mmg tak layan. Ayah I cakap siam pon dia tak layan okayyy. Kalau Malaysia mmg I ambik gambar and viral kan jer.
Dah masuk Thailand, sila stop tepi beli simcard. Lepas je Dannok mmg takde line. Unless korang kaya nak buat roaming, dipersilakan.
150baht utk unlimited data. I beli satu je pastu hotspot. Dia tolong register kan. Sebab instruction dlm thai sampai kiamat tak paham.
Pekena pulut ayam for breakfast. Pulut ayam bersepah yang "HALAL", Sila cari. Average harga RM7-RM9. Boleh bayar pakai duit Malaysia.
Pejalanan diteruskan ke Hat Yai. Waze je. Dalam 45 minit je.
First stop adalah Hat Yai cable car. Landmark nak bgtau taktau. Sila waze.
Harga 200baht per person.
Personal opinion, tak berbaloi pon. Dah la panas, gondola ada dua je. Nasib baik pergi time weekdays and still awal. Kalau ramai rasanya tak daya nak tunggu. Naik atas biasa biasa je. Tak boleh challenge Langkawi.
Dua gondola. Kena tunggu lama.
Ada tarian. Tak enjoy sangat sebab panas.
Ni kat atas sebelum naik cable car.
Nampak bandar Hat Yai dan Songkla dari sini.
Next destination is Samila Beach. Perut lapar and I demand nak lunch makan hadap laut. Poyo tak?
Ini area depan. Nak makan kena pegi area kedai makan tepi pantai. Ke depan lagi.
Asalkan nampak laut. Lol
The lauksss.
Laku keras. RM42 per kg.
Free ulam.
Kailan ikan masin.
Tomyam kurang power. Tp dua pinggan jugak aku makan. Total makan 1250baht. Mahal tapi sis redho. Tak sure kedai yang mana sedap and murah sbb terlalu byk kedai.
Siblings.
Laki I.
I je.
Mermaid statue. Ni baru statue, kalau real mau kena beratur sampai Dannok nak bergambar. Sis tak kuasa. Panas okayyy. Rela ambik dari jauh.
Next! To Floating Market we go!
Parking banyak.
Dalam buluh mcm ni 25baht. Kalau dlm bekas comel tu 30baht.
Nyums!
Nak beli ole ole, beli lah kat sini. Lebih murah dari Asean Bazaar.
On our way to Asean Bazaar.
Kedai baju bersepah. Siap je lah tenaga nak tawaf.
Kedai makan kat tingkat atas. Self service. Beli bayar ambik makan. Bersepah sepah. Sesak dengan manusia.
I makan kat stall ni. Tomyam padu!
Siap sini, otw balik Malaysia I singgah Danok beli tea, sabun and macam macam lagi. Tak snap sbb sibuk membeli.
Trip Hat Yai balik hari ni, I lah planner, I lah driver, I lah banker. Total hangus around RM500 all in untuk 4 orang. Meriah makan je.
Oh ya, waktu Thailand lambat sejam dari Malaysia. If nak balik hari make sure keluar sebelum pukul 12 malam waktu Malaysia. Jangan ikut 12 malam waktu Thailand. Nangis la kau kat penjuru kastam tu.
Tu je. Ada apa apa I tambah. Nak tanya boleh komen okay? Bye!
0 comment(s)