PAC PTD 2017 (UKJK, Essay and LDK)
by
Unknown
- 5:57 PM
Assalamualaikum.
Wow jarang I bagi salam. Today nak story disamping simpan story I as future reference.
Last week I attend PAC PTD kat INTAN Kiara. Ada dua INTAN. Lagi satu kat PPUM. Nasib baik I pegi melawat kawasan dulu.
This year PAC PTD tidak lagi disediakan penginapan. Masih dijalankan 2 hari. Lokasi assesment adalah di Dewan Serbaguna. Dari guard house, straight jumpa roundabout ambik kiri. Dekat sangat sangat. Takkan sesat lah if you datang dari guard house yang betul.
Ni jadual nya. Register awal gila. I gerak pukul 6.15 pagi. Sempat la subuh. If you guys yang datang jauh and takut tak sempat, no worries. Surau opposite dewan tu je. Dekat sangat.
Register around pukul 7.15 macam tu. Tak sure la batch lain macam mana tapi batch I macam okay tak strict sangat. Isi form and collect Nombor Badan macam kat atas tu. Please jangan lupa bawak IC and print out email offer PAC PTD. Wajib!
**No camera allowed in the hall during assesment**
Lepas collect semua, masuk dewan and duduk ready utk taklimat. Isi form semua and akan dibahagikan kepada bebarapa division utk memudahkan assestment.
1-50, 51-100, 101-156
Since 156 org sahaja yang hadir. Setiap PAC sepatutnya akan dihadiri 200 peserta, Maybe ada yang tarik diri kot.
I gemuk. Dah diet tapi 1kg je turun. At first macam give up takut tak lepas BMI. But then lepas baca requirement, eh I still in range lah. So tak jadi give up.
1) Ujian Genggaman Tangan
Lepas dibahagikan kumpulan tu, ready la untuk first test. Bagi I yang ni paling senang. I managed to get 35 points kot which is very good. Genggam je kuat kuat sampai rasa nak pecah benda tu. You will get 2 kali utk try. Dorang akan ambik highest.
2) Ujian Duduk dan Jangkau
Yang ni pon senang. Duduk and tolak sampai maximum korang boleh pegi. Better 20 keatas lah. I dapat 11 je sbb I memang tak boleh. Bekas jatuh dulu so stiff sikit. I tanya dia how to survive this? Dia advise make sure Bleep Test level 3 keatas.
3) BMI
Lepas tu terus timbang berat and ukur tinggi. I tak sure batch lain di lain lokasi macam mana but I rasa INTAN Kiara sangat baik. Even kawan I BMI lebih 29 pon dorang bagi dia teruskan UKJK,
4) Check Tekanan Darah & Nadi
Beratur lagi tunggu turn. Jangan nervous. Steady je. Sebab if tinggi or low, korang tak boleh join UKJK even BMI semua okay. This is compulsory.
5) Ujian Bangun Tubi (Curl Up)
Ni paling susah bagi I. Sebab? Bukan macam sit up biasa. Tangan you mesti kat lantai, tak boleh terangkat even sikit and cecah line 4 inci masa curl up tu. I dapat points sikit gila since memang tak boleh buat. Dorang suggest Bleep Test buat betul betul.
6) Ujian Larian Ulang Alik 20m (Bleep Test)
Lari lari lari macam Aaron dalam movie. Hehe. Setiap orang akan dipanggil ikut Nombor Badan. Dalam 20 orang akan test tak kira jantina. Ada 8 level. First level lari ulang alik sebanyak 7 kali, 2nd, 3rd and 4th 8 kali and so on. Lari ikut time bleep test tu. Mesti sampai ke line sebelum bunyi bleep. If sekali tak sampai akan dapat warning and the nex round must cover balik. Kalau dua kali tak dapat, kira eliminated lah. Lari ulang alik tanpa stop. Bukan level 1 dah habis, rehat jap baru start level 2. Tak yer, Non stop. I dapat Level 3.5. Means 20 kali ulang alik.
Selesai lari, boleh pergi makan. Free jeeeee. Lepas makan pegi solat. Lepas tu masuk dewan untuk tau result lepas ke tak UKJK. Tak lepas, tak boleh pegi next stage yer.
Bawak email yang print tadi tu, bagitau nombor badan. If lulus akan dapat sticker. If tak, kena pulangkan balik nombor badan and balik lah dengan langkah longlai.
Alhamdulillah I lulus. Maybe bleep test yang cover. Kawan I BMI lebih tu pon lulus. So jangan takut BMI lebih. Datang and cuba dulu.
Next ready untuk Essay BM & English. Kena naik bas ke Auditorium.
Setiap Essay, masa 30 minit sahaja. Takde limit utk words. Tulis la banyak mana pon.
Tajuk BM : Pengangkutan awam kurang dapat sambutan.
Tajuk English : Women enterpreneur have limititation.
Roughly je sebab I tak ingat exact. Ada 2 choice, pilih salah satu.
Settle essay, balik ke dewan utk LDK.
1) Bina jambatan guna straw sepanjang dua meter supaya bola tenis and guli boleh lalu tanpa jatuh dalam masa 20 minit
2) Menari 1 minit utk setiap satu lagu yang ada 5 lagu semuanya. Tarian mesti seragam.
Tu je untuk hari first. Basically LDK just for fun. Try to enjoy and break the ice. Esok I sambung lagi okay!
Bye!