kecik kecik dulu.

by - 3:18 AM

ohoiii hoii. lama betul aku tak hupdate.
busy sebenar. final exam mode.
bosan bosan ni nak cerita la alkisahnya aku kecik kecik dulu.
read at your own risk okay ? :)

dalam family, ada 4 orang beradik. dua lelaki dua perempuan.
aku anak kedua. ada kakak and dua orang adik lelaki.
kalau dalam family, raja badan berbirat ni aku la kan.
nakal nya kemain. 

ALKISAH 1
Kawasan perumahan aku tu ada tiga empat orang je perempuan. satu hari tu aku teringin gila nak panjat bukit depan rumah. tinggiiii. puncanya dorang cakap kononnya ada bunian lawa kat situ. punya la curious nak tengok kan. aku ajak la gang aku pegi panjat. dia pon mintak izin kat mak dia dulu. aku ni haramm la kan nak mintak izin. mak dia tak kasi. aku cakap takpe. aku naik dengan adik laki aku je la. nak dijadikan cerita adik lelaki kawan aku tu tipu cakap mak dia kasi sebab dia pon teringin nak naik. jadi, naiklah kitaorang kat atas bukit tu. dah maghrib baru balik. sampai je rumah mak aku dah tunggu aku dengan sebatang rotan yang maha besar. berbirat lah badan sebab aku dituduh bawak anak orang panjat bukit. padahal dorang yang nak naik. free je kena rotan. hehh

ALKISAH 2
Korang tau kan kolah air ? alaar. kolam air dalam bilik air tu. kolah rumah aku besar punyaaa. macam swimming pool. satu hari tu mak aku pegi kenduri. punya la nak feeling feeling macam orang kaya, aku hasut la kakak aku berenang dalam kolah tu. dia punya la penakut, aku dah setengah jam berenang dia haram tak boleh terjun lagi. setelah beberapa minit aku berkuak lentang dalam kolah tu, mak aku dengan ganasnya ketuk pintu bilik air ! cuak bhaii. aku kejap je lompat keluar kolah. yang boleh kantoi tu kakak aku la. sebab dia tak dapat lompat keluar kolah maka kantoi la dengan mak aku. and and and yang kena rotan tu mestilah aku sebab aku punya idea. memang sedap la mak aku rotan sebab aku bogel. wuuuuu

ALKISAH 3
Aku ada tabiat masa kecik kecik dulu. suka sangat buat experiment. aku akan geledah almari mak aku cari benda benda lama yang boleh buat mainan, campur kopi dengan teh, rendam anak ayam baru menetas dalam air, dan dan dan cukur bulu kening dengan shaver bapak aku. yang tu memang cari nahas. tengok tengok dah separuh tinggal bulu kening aku. tak payah la cakap la apa hukuman dia. memang terus kena rotan la. aku pon taktau setan apa hasut aku suruh cukur bulu kening. sumpah nyesal. haha

ALKISAH 4
Yang ni masa darjah 4 kott. nama bapak aku Ramli. dulu kan trend suka pedajal nama bapak orang kan. budak budak pon panggil bapak aku P. Ramlee. aku taktau la apasal aku butthurt sangat hari tu. padahal panggil P. Ramlee je kott. patutnya aku bangga. entah la. sebab darah otai mengalir dengan laju, aku terus rembat tudung aku lempar kat lantai and ambik pisau ugut nak tikam budak laki tu. tang rembat tudung tu tak tahan. budak tu dah pucat da takut aku tikam. last last tak jadi tikam sebab loceng bunyi menandakan waktu balik sekolah. sampai sekarang budak tu kalau jumpa aku tunduk jek. haha

ALKISAH 5
Dulu punya la nakal aku rasa orang tak dapat beza aku ni jantan ke perempuan. nak kawan dengan dengan laki je. dengan perempuan takmau. ada satu hari aku tak ingat kenapa tapi kat dalam surau sekolah. nak siap siap sembahyang zohor tapi boleh dok main kejar kejar dengan budak laki. penghujungnya sebab aku marah, aku pulas tetek kawan laki aku. dah la dia gemuk. sedap aje aku ramas. haha. kiranya aku mencabul la time tu. jahat sebenar aku ni.

dulu before nak kena rotan aku dah lari pegi rumah jiran aku. lantak la kalau kena tido situ sekalipun. aku takkan balik rumah. sampai la mak aku datang jemput without rotan.

bila dah besar gedabak ni dah tobat nasuha. tapi sampai form 5 lagi mak aku tak stop pukul aku dengan rotan. bila dah masuk U je dah tak kena rotan. aku wariskan semua perangai setan kat adik laki aku yang last tu. yang tu perangai memang ikut aku. dia lah hasut abang dia berenang dalam kolah macam aku dengan kakak aku dulu. sudahnya aku tepuk tepuk je time dorang kena rotan. haha. nak buat jahat tak pandai. time mak aku ada pulak tu. memang tak lepas la. 

sekian sahaja alkisah aku pada hari ini. entry ni akan kekal kat atas selama beberapa bulan. malas sebenar nak update. 

ni kecik kecik dulu. ada beza tak dengan lelaki ? haha. kbye.





You May Also Like

6 comment(s)

  1. beza sikit je dgn laki..hehe..:P

    *kidding
    cute maaa kamu.. like..:)

    ReplyDelete
  2. takde beza sebenarnya kan ? :p
    haha. thanks ! :)

    ReplyDelete
  3. kamoo sgt cumel! suke!

    ReplyDelete
  4. alkisah 3..serupe wei kite..time kecik2 penah maen2kan anak ayam..rendam dlm longkang..kebetulan ari ujan..so,longkng b'takung dgn air..pastuh mk dtg pulas tinge..sakit ooii..lps tuh tobat..tp kjp je..then wt balik prangai..hampeh..haha.. =D

    ReplyDelete
  5. farehah : kan ? padahal anak ayam tu punya la comel.

    ReplyDelete